PENGENALAN:
Papan tanda jalan raya bertujuan untuk memberi panduan atau maklumat kepada pengguna jalan raya. Penempatan sesuatu papan tanda mestilah mudah dilihat, mudah di fahami, ringkas, saiz huruf yang sesuai, simbol yang jelas dan seragam. Setiap papan tanda mempunyai arahan dan tujuan tertentu dan dapat diklasifikasikan kepada beberapa bahagian iaitu papan tanda mandotari, papan tanda larangan, papan tanda amaran dan papan tanda maklumat. Terdapat beberapa jenis papan tanda yang digunakan namun penggunaannya bergantung kepada kesesuaian panduan atau arahan yang ingin disampaikan.Papan tanda jalan yang disediakan pihak berkuasa bertujuan untuk memudahkan pengguna jalan raya mengetahui arah destinasi yang ingin dituju.

Papan tanda merupakan undang-undang yang telah ditetapkan oleh Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) agar keselamatan rakyat Malaysia terjamin. Kebanyakan rakyat di Malaysia tidak mematuhi papan tanda dan memandang remeh terhadap papan tanda.
CONTOH KEPENTINGAN MEMATUHI PAPAN TANDA JALAN RAYA:
Mendisplinkan diri
Terdapat beberapa kepentingan mematuhi papan tanda di jalan raya. Antaranya, kita dapat mendisplinkan diri ketika menggunakan jalan raya. Apabila kita berada di jalan raya, kita mestilah ingat bahawa terdapat undang - undang keselamatan jalan raya. Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya memudahkan kerja pihak kerajaan dengan mematuhi papan tanda jalan raya. Bukan itu sahaja, malah demi kebaikan dan keselesaan kita sendiri.

Melancarkan trafik lalu lintas
Seterusnya, papan tanda jalan raya dapat melancarkan laluan trafik laluan lintas. Lazimnya papan tanda " dilarang melatakkan kenderaan " diletakkan di beberapa kawasan tertentu untuk mengelakkan berlakunya kesesakan. Jika jalan tersebut dipenuhi dengan kenderaan, pastinya kesesakan yang berlaku akan berlarutan. Pastinya keadaan ini akan menyusahkan pengguna yang lain. Lebih - lebih lagi jika terdapat ambulan yang membawa pesakit yang cedera parah dan memerlukan rawatan segera, tersekat di jalan raya kesan daripada pengguna yang tidak mematuhi papan tanda jalan raya.

Mengelak berlakunya kemalangan
Selain itu, kepentingan papan tanda jalan raya ialah mengelakkan berlakunya kemalangan yang boleh meragut nyawa orang yang tersayang. Sering dipapar di media massa yang terdiri daripada media elektronik dan media cetak akan tragedi-tragedi yang menyayat hati yang kebanyakkannya berpunca daripada pemandu - pemandu yang tidak bertanggungjawab tidak mematuhi papan tanda jalan raya seperti mengurangkan had laju dan kanak kanak melintas di hadapan. Tragedi ini menyebabkan nyawa-nyawa insan yang tidak bersalah turut terlibat.
Meningkatkan ekonomi negara
Di samping itu, kita dapat meningkatkan ekonomi Negara. Ini menggalakkan kita sebagai rakyat Malaysia untuk menikmati keindahan Negara sendiri dan menggalakkan pelancong asing untuk melawat Negara kita. Pelancong asing akan tertarik dengan keharmonian Malaysia. Apabila ramai pelancong yang hadir, semakin majulah Negara kita. Apabila pelancong asing menggunakan perkhidmatan yang Malaysia jalankan, ia akan mendatangkan keuntungan kepada Malaysia. Bukan sahaja Negara, ia dapat mengurangkan kadar penganguran di Malaysia. Hal ini kerana apabila semakin banyak hotel - hotel yang dibuka, semakin ramai pekerja yang diperlukan.
Apakah yang akan berlaku sekiranya tidak mematuhi papan tanda jalan raya?
i)Mengalami kadar kerugian yang tinggi
Kemalangan jalan raya yang melibatkan kenderaan-kenderaan besar akan menyebabkan kadar kerugian yang banyak terutamanya sekiranya kemalangan melibatkan golongan belia.Malahan wang yang disimpan akan terbuang begitu sahaja kerana digunakan untuk membaiki kerosakan pada kenderaan.Hal ini menyebabkan hampir setiap tahun negara mengalami kegawatan ekonomi kerana kurang pelaburan daripada semua masyarakat.Oleh yang demikian,kita hendaklah berusaha untuk mengelakkan daripada berlakunya kemalangan jalan raya.

Kebanyakan mangsa yang terlibat dalam kemalangan jalan raya majoritinya akan merempuh ke alam maut kerana kecederaan yang parah terutamanya di bahagian kepala.Ini kerana,sekiranya berlaku hentakan yang kuat pada bahagian kepala boleh menyebabkan pendarahan pada bahagian otak manusia.Sebab itulah peluang untuk manusia hidup amat tipis.Terdapat sebahagian yang mengalami kemalangan juga masih selamat tetapi mengalami kecacatan seperti tangan kudung,kaki dipotong atau buta dan juga hilang ingatan.Sebab itulah,keselamatan amat penting dan perlu diingat setiap masa.









































INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG!
PATUHILAH PAPAN TANDA JALAN RAYA

tQ
ReplyDeleteAsian Handicap betting explained - Casinoinjapan bet365 bet365 クイーンカジノ クイーンカジノ 377raptors celtics predictions | choegocasino.com
ReplyDelete